Friday, 22 August 2014

Format USB drive dengan diskpart pada Windows

Salam. Kali ni nak post tutorial macam mana nak format usb drive dengan gunakan diskpart pada command line di Windows. Kenapa nak guna diskpart? kenapa tak format macam biasa di my computer? emm. Situasi macam aku dimana aku format pendrive melalui linux dengan menggunakan Suse Imagewriter, jadi hanya beberapa % sahaja filesystem yang windows faham dan detect. lagi lebihan hilang. Kalau format cara biasa, windows akan format % sedikit yang tinggal yang beliau faham sahaja, yang lain tidak. Jadi dengan diskpart, kita dapat format sepenuhnya (if i'm not mistaken lah). Jadi sekarang aku nak mulakan tutorial tapi rasa macam malas sikit. Aku gunakan windows 7. Jadi kalau kau orang guna Windows lain aku tak pasti sama atau tak. Sepatutnya sama lah. Memula buka command line kau orang dengan kuasa Administrator. Pasti direktori anda akan berada pada C:\Windows\system32. jika tidak pastikan anda berbuat demikian.

kemudia taip arahan-arahan seperti dibawah(dah malas taip pos gambar je).



Orait begitu saja cara formatnya. mudah je kan.

Tuesday, 8 July 2014

[Arch] cara memasang aplikasi dari AUR

Sebenarnya aku baru saja berjinak-jinak dengan Arch Linux ni. Entri ni juga adalah satu nota untuk rujukan diri sendiri juga orang lain. So sekarang aku nak tulis tentang cara nak pasang aplikasi dari Arch User Repository(AUR) tanpa AUR Helpers. Kalau nak tahu apa tu AUR, boleh klik pada pautan yang aku sertakan. Mungkin lain hari aku update apa itu AUR.

Pertama sekali mesin perlu dipasang dengan aplikasi wget. Jika belum ada boleh pasang dengan arahan pacman seperti dibawah:


sudo pacman -S wget

Kemudian, cari pakej aplikasi yang kau orang nak pasang dari AUR di page AUR - Packages. Misalnya aku nak pasang aplikasi "dropbox" dari AUR. Aku search dan pilih aplikasi dropbox. Kemudian akan ada pautan di ruangan pakage action. Sila fokus pada pautan view PKGBUILD dan Download tarball. Salin pautan url PKGBUILD dan tarball tersebut.




Masuk ke terminal. Dek kerana faktor inginkan kekemasan fail aku cadangkan untuk buat folder khas untuk setiap pakage yang akan dipasang. Misalnya aku buat satu folder baru yang dinamakan sebagai dropbox-install. Untuk buat folder gunakan arahan ini:


mkdir dropbox-install

Kemudian masuk ke folder yang baru dibuat tadi dengan arahan:
cd dropbox-install

Kemudian muat turun pautan PKGBUILD dan tarball yang disalin tadi.
wget https://aur.archlinux.org/packages/dr/dropbox/PKGBUILD

wget https://aur.archlinux.org/packages/dr/dropbox/dropbox.tar.gz

Dah siap muat turun pautan-pautan tersebut. Mari kita bina pakage kita. Masih lagi dalam folder semasa, gunakan arahan ini:


makepkg -s PKGBUILD

Dan langkah terakhir adalah untuk memasang fail pakej yang kita bina tadi
sudo pacman -U dropbox.pkg.tar.xz

atau boleh terus guna arahan ini
makepkg -i

Dah siap! :)

Monday, 7 July 2014

Muat turun video Youtube dan laman lain dengan ClipGrab

p/s: ini entry yang ditulis untuk sumbu.org yang di salin semula ke blog ini.



ClipGrab adalah sebuah downloader dan converter untuk YouTube, Vimeo, Metacafe, Dailymotion dan banyak lagi laman perkongsian video. ClibGrab boleh convert video kepada MPEG4, MP3 dan juga format-format lain.

Laman yang disokong oleh Clibgrab:

  • Youtube

  • Vimeo

  • metacafe.com

  • youku.com

  • myspass.de

  • myvideo.de

  • clipfish.de

Cara pemasangan.


Muat turun tarball di laman ClipGrab atau dengan menggunakan wget:
wget http://download.clipgrab.de/clipgrab-3.4.2.tar.gz

Extract tarball
tar xvf clipgrab-3.4.2.tar.gz

Masuk ke folder clipgrab yang diextract tadi
cd clipgrab-3.4.2

Jadikan fail di dalam folder tersebut boleh dijalankan (executeable)
chmod +x clipgrab-*

Jalankan aplikasi clipgrab
./clipgrab-3.4.2.x86_64





Thursday, 22 May 2014

Tangani masalah "cannot locally sign keys for pacman"

Salam ini nota bagi selesaikan masalah cannot locally sign keys for pacman. Sahaja nak update sini sebab lepas ni malas dah nak google.
sudo mv /etc/pacman.d/gnupg/ /etc/pacman.d/gnupgold
sudo pacman-key --init
sudo pacman-key --populate archlinux manjaro
sudo pacman-key --refresh